Latar Belakang NEAC

Majlis Penasihat Ekonomi Negara(MPEN) telah diberi mandat oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia untuk merangka satu model transformasi ekonomi untuk negara ini. Majlis ini akan memberikan satu perspektif yang bebas dan baru dalam menggerakkan Malaysia daripada sebuah negara berpendapatan sederhana ke sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dalam mengharungi krisis ekonomi global, MPEN diamanahkan untuk memberikan gambaran baru berhubung kedudukan strategic Malaysia di arena ekonomi global dan mencadangkan suatu strategi transformasi untuk negara. Majlis ini juga akan berfungsi bagi mengurangkan jurang di antara sektor awam-swasta, mencipta satu kerjasama baru awam-swasta, memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan daya saing global. MPEN juga akan memberikan hala tuju dan panduan strategik bagi pelaksanaan pelan transformasi ini supaya cadangan-cadangan dapat dilaksanakan dengan efektif pada semua peringkat.
Sekian, terima kasih.